22 Ayat Pendahuluan Sales Page / Minisite Yang Berkesan.

Category:

Pendahuluan adalah antara perkara yg terpenting yg wajib ada dalam sesebuah Sales page / Minisite. Pendahuluan berfungsi sebagai penarik perhatian pelanggan untuk membaca keseluruhan teks di dalam Sales Page / Minisite. Berikut adalah beberapa ayat pendahuluan Sales Page / Minisite yang berkesan yang Saudara/i boleh manfaatkan untuk meningkatkan lagi hasil jualan Saudara/i.

1. Pendahuluan dengan menawarkan bantuan.


Kami bersedia membantu saudara menjana sekurang-kurangnya RM 10 K sebulan.


2. Pendahuluan dengan menyenaraikan soalan berkenaan produk.

5 soalan penting yang perlu ditanya sebelum saudara berjual beli di internet.


3. Pendahuluan dengan memberi sebab.

9 sebab saudara perlu memiliki minisite untuk mengembangkan perniagaan.


4. Pendahuluan dengan memberikan hasil luar biasa.

Dapatkan bentuk tubuh langsing dalam masa 30 hari.


5. Pendahuluan dengan menyatakan harga produk.

Hanya RM 50, saudara dapat memiliki 1000 buah e-book PLR.


6. Pendahuluan dengan memberi jaminan produk.

Dapatkan wajah selembut kulit bayi dengan krim pencuci kami ataupun wang anda akan di kembalikan.


7. Pendahuluan dengan memberi berita gembira.

Kini saudara tidak perlu berkorban masa untuk menghasilkan sebuah minisite yang berkesan !


8. Pendahuluan dengan memberitahu penjimatan.

Saudara jimat separuh harga sekiranya membeli daripada kami.


9. Pendahuluan dengan memberitahu had masa.

Dapatkan pakej e-book PLR pada harga promosi terhad dalam tempoh 24 jam.
10. Pendahuluan dengan menjelaskan sasaran pengguna.

Sekiranya saudara pelajar universiti, pekerja kerajaan ataupun swasta yang ingin mencari pendapatan sampingan, kami ada penyelesaiannya.
11. Pendedahan dengan mendedahkan rahsia.

Rahsia kejayaan Irfan Khairi terbongkar !
12. Pendahuluan dengan memberi laporan percuma.

Dapatkan laporan perunding kewangan professional percuma berkenaan cara membeli rumah tanpa perlu membayar sesen pun.
13. Pendahuluan dengan menggunakan testimonial pelanggan.
“ Teknik – teknik pemasaran yang beliau dedahkan di dalam e-book ini ternyata berkesan. Saya telah menjana RM 5000 dalam masa seminggu setelah mempraktikkan teknik – teknik pemasaran dalam e-book ini. “

Khairi Azman

Peniaga Aksesori Lelaki dan Perempuan.
14. Pendahuluan dengan menggunakan perbandingan.

Harga coklat kami jauh lbih murah berbanding harga coklat di pasaran.

15. Pendahuluan dengan memberitahu kelebihan.

Cepat, mudah dan praktikal adalah hasil menyertai seminar pemasaran bisnes terpenting tahun ini.
16. Pendahuluan dengan memberi cadangan.

Inilah produk kesihatan yang diperakui para doktor.
17. Pendahuluan dengan potongan cerita.

Saya hanya mempunyai wang bagi tambang bas, sehinggalah saya berjumpa lelaki ini. Beliau menjadikan saya bebas masalah kewangan.
18. Pendahuluan dengan memberi pendedahan terkini.

Pendedahan terkini, penjagaan selama 10 minit yang dapat menampakkan hasil 10 tahun lebih muda !
19. Pendahuluan dengan memberi maklumat.

Tip mengurus kerja dan naik pangkat dalam tempoh tiga tahun.
20. Pendahuluan dengan kaitan isu semasa.

Selamatkan kerjaya saudara dalam kegawatan ekonomi hari ini !
21. Pendahuluan dengan lontaran soalan.

Mengapa produk saudara kurang mendapat sambutan berbanding produk pesaing ?
22. Pendahuluan bersifat keagamaan.

Gunakan produk halal tanpa was-was.
Kesimpulan.
Ayat pendahuluan yang berkesan penting dalam meningkatkan hasil jualan Saudara/i. Ayat pendahuluan ini tidak harus diabaikan kerana pendahuluan yg berkesan dapat menarik perhatian pelanggan untuk membaca keseluruhan teks.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN !. Sdara/i dibenarkan untuk menyalin artikel ini ke blog atau laman web Sdara/i dengan syarat tidak mengubah kandungan artikel ini.

Sedikit pengenalan mengenai penulis.

Nama beliau adalah Khairul Akmal b. Ibrahim. Merupakan seorang pelajar di sebuah kolej matrikulasi. Mempunyai pengalaman setahun dalam perniagaan internet. Pemilik kepada blog http://khai-akmal.blogspot.com/ ( Blog sementara. ). Belum pernah menempa nama dalam perniagaan internet. Walaupun baru berkecimpung dalam arena IM dan masih boleh dianggap setahun jagung, namun beliau mempunyai matlamat yg tinggi untuk mengembangkan perniagaannya terutama perniagaan coklat buatan tangan ' CocoSuri Homemade ' yg diasaskan oleh ibunya di seluruh Malaysia dan seterusnya di mata dunia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments (0)

Post a Comment