9 Tanda Besar Perniagaan Tanpa Laman Web Adalah Perniagaan Mati.

Category:

Kini, laman web boleh dianggap sebagai salah satu perkara yg wajib dalam mengembangkan perniagaan. Perniagaan tanpa laman web boleh dianggap perniagaan yg mati.
Berikut adalah tanda besar perniagaan tanpa laman web adalah perniagaan mati.

 
1. Mutu perkhidmatan internet di Malaysia semakin meningkat kerana permintaan yg tinggi.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 6 November 2008


 
Semakin ramai pengguna mencari produk dan perkhidmatan dalam internet di rumah sebelum membuat pembelian. Ketua Pegawai Operasi Telekom Malaysia, Rozaimy Rahman berkata, " Semasa krisis ekonomi dunia, saya lihat semakin ramai orang menggunakan internet kerana cara itu lebih murah dan mudah. " Permintaan pada internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi.
2. Ramai memillih membeli melalui internet.


Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 20 November 2008.

Pembeli di internet berkata pengalaman membeli produk dan perkhidmatan sama seperti membeli diluar. Kajian e-dagang Visa mendedahkan sebab-sebab utama orang ramai membeli di internet ;
  • 83 % pembeli berkata, mereka mendapat harga terbaik daripada peniaga dalam internet.
  • 88 % pembeli berkata, mereka boleh membeli pada bila-bila masa melalui internet.
  • 82 % pembeli berkata, mereka dapat membeli dengan mudah.
3. Internet dapat dilayari melalui televisyen di rumah.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 30 Oktober 2008.
Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan televisyen yang mempunyai kemudahan internet untuk pengguna. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Tae Jik berkata, " Pengguna banyak menggunakan aplikasi perkhidmatan media secara elektronik. Oleh itu, kira memasauki era teknologi baru televisyen yang dilengkapka dengan internet. "
Kami menjangkakan lebih banyak jenama televisyen akan memperkenalkan kemudahan internet untuk televisyen pada tempoh terdekat. Internet dari televisyen menjadikan bisnes kecil dapat dipromosi secara besar-besaran.
4. Malaysia adalah antara 5 negara paling manfaatkan internet di Asia Pasifik.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 19 Disember 2008.
Program itu adalah sebahagian Kursus Asas Komputer dan Internet di 15 rumah panjang seumpamanya yang dianjurkan oleh Syarikat telekomunikasi Maxis Communication Berhad membabitkan 400 peserta, termasuk kanak-kanak sekolah.
Perkara ini diusahakan oleh pengeluar komputer ASUS melalui kelas IT untuk suri rumah di Taiwan. Program pembelajaran sekolah di Terengganu juga sedang mengimplementasikan penggunaan net book untuk murid-murid.
Laporan Utusan 19 Disember 2008 menyebut, sebanyak 25000 untuk e-book yang turut mempunyai aplikasi internet bergerak dan WiFi telah ditempah daripada syarikat Intel Corperation di Taiwan. Ia digunakan oleh kira-kira 23000 murid tahun 5 berkenaan. Kesemua 23000 murid tahun 5 bakal menjadi pengguna internet aktif dan pembeli di internet kesan daripada pendedahan dari peringkat sekolah. Ia menjadi budaya membeli dan kebiasaan yang diajar pada peringkat awal.
6. Peruntukan pengiklanan perniagaan di internet kini bertambah 5 % menjelang 2009.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 20 Disember 2008.
Ramai pengiklan kini memperuntukkan kira0kira 4 hingga 5 % daripada perbelanjaan iklan bagi iklan internet dan perbelanjaan dalam talian pula dijangka meningkat sebanyak 15 hingga 20 % pada tahun ini.
7. Program celik IT kepada rakyat termiskin diperkenalkan oleh kerajaan.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 12 Disember 2008.
Projek Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT ) kini menggandingkan usaha memperkenalkan projek akses IT melalui program di Rumah Pangsa PPRT Lobak.
Pusat Komuniti BDD Rumah Pangsa PPRT Lobak ini di urus tadbir oleh Majlis Perbandaran Seremban ( MPS ) antara lain bertujuan menjadikan kumpulan miskin bandar celik IT memanfaatkan segala peluang digital yang ada.
Pusat Komuniti BDD menyediakan 20 buah komputer dan mula beroperasi pada 1 Disember 2008. Ia dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Projek percubaan disebarkan ke seluruh negara.
8. Kerajaan memperkenalkan program Internet Desa.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 11 Disember 2008.
Usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat ( IT ) di kawasan luar andar pelbagai usaha diambil oleh kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) membawa kepada program Internet Desa yang secara langsung mendukung perkembangan industri kecil dan sederhana.
9. Promosi produk di internet menjadi galakan penuh kepada usahawan kecil.

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 24 November 2008.
Saranan Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, promosi menerusi internet dapat membantu memperkenalkan sesuatu produk dengan pantas malah boleh difrancaiskan kepada pengusaha lain di samping meningkatkan jualan serta pendapatan.
" Usahawan perlu membina laman web dan blog syarikat perniagaan masing-masing untuk mempromosi setiap produk agar lebih dikenali dan menjangkau ke peringkat antarabangsa. " katanya semasa merasmikan Kelab Usahawan Sosial sempena Minggu Usahawan Global, di Felda Sungai Kayan Satu.
Mari kita renungkan bersama. Tanda Besar Perniagaan Tanpa Laman Web Adalah Perniagaan Mati yg diterangkan diatas dapat dilihat sekitar tahun 2008 dan awal 2009. Bolehkah Sdara/i jangkakan tanda-tanda lain yang dapat dilihat sekitar awal 2009 sehingga kini ?
Fikir-fikirkanlah.
Jd, sy ingin menyarankan Sdara/i mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan Sdara/i.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN !. Sdara/i dibenarkan untuk menyalin artikel ini ke blog atau laman web Sdara/i dengan syarat tidak mengubah kandungan artikel ini.
Sedikit pengenalan mengenai penulis.
Nama beliau adalah Khairul Akmal b. Ibrahim. Merupakan seorang pelajar di sebuah kolej matrikulasi. Mempunyai pengalaman setahun dalam perniagaan internet. Pemilik kepada blog http://khai-akmal.blogspot.com/ ( Blog sementara. ). Belum pernah menempa nama dalam perniagaan internet. Walaupun baru berkecimpung dalam arena IM ini namun beliau mempunyai matlamat yg tinggi untuk mengembangkan perniagaannya terutama perniagaan coklat buatan tangan ' CocoSuri Homemade ' yg diasaskan oleh ibunya.

Comments (0)

Post a Comment